GPSS

Home GPS Download Business Partners Contact Family AVL Links History AsOnTV

Perisian Percuma bersama dengan
Peta-peta untuk Negara Anda

Robin
Salam sejahtera! Saya Robin Lovelock, dan GPSS adalah ciptaan terbaru saya. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf oleh kerana majoriti halaman-halaman hompej saya masih dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, saya harap bahawa anda akan mendapat faedah dengan mengguna maklumat dan perisian yang dipersembahkan disini. Sahabat saya di Malaysia telah menyediakan terjemahan ini, dan saya berpendapat bahawa terjemahan ini akan membolehkan anda memahami perisian GPSS dengan lebih baik.

GPSS merupakan perisian GPS yang pertama, terbaik dan kosnya adalah terendah. Kini ia sedang digunakan dalam lebih daripada 150 negara, dan setiap minggu penambahan dibuat ke atas senarai ini. Saya sentiasa berasa gembira bila terdengar ada mereka yang menjalankan GPSS ini di bahagian dunia lain, dan saya mungkin akan menyediakan peta percuma khas untuk negara berkenaan.

Perisian GPSS digunakan di bawah sistem pengoperasian cakera Microsoft Windows 3.1, 3.11, 95, 2000, NT atau XP - dengan keupayaan mengeluarkan bunyi. GPSS menayangkan di mana anda berada atas peta - dan juga memberitahu secara lisan di mana anda berada. Ia juga membimbing anda ke destinasi-destinasi yang anda hendak tujui - jadi anda boleh memandu dengan selamat dan berhati-hati di atas jalan raya.

Kami minta maaf kerana ucapan perisian GPSS semasa hanya terdapat dalam bentuk bahasa Inggeris dan Jepun - namun bahasa lain akan didapati pada masa akan datang. Anda mungkin boleh membuatkannya dengan sendiri, kerana GPSS berfungsi dengan memainkan rakaman bunyi, tetapi ia memerlukan jumlah rakaman yang banyak.

Kami percaya bahawa pada masa akan datang akan terdapat jutaan kereta di seluruh dunia yang mengguna GPSS ini dalam komputer mereka. Itulah sebabnya kami mengedarkan perisian ini disertai dengan peta-peta untuk mana-mana negara di dunia dengan percuma. Ini akan membantu kami berhubung dengan pengguna dan khasnya mereka yang berniaga di negara yang lain. Bila komputer menjadi semakin kecil dan murah, ramai orang akan menggunakannya bersama dengan GPS dalam kereta mereka. Alat penerima GPS sudahpun berharga kini kurang daripada US$150, dan pada masa akan datang, ia akan semurah seperti mesin pengira. Kerajaan Amerika Syarikat telah berjanji untuk menyediakan perkhidmatan GPS ini secara percuma - jadi tiada kos tambahan dikenakan selepas anda memiliki komputer peribadi dan GPS.

Kami percaya pasaran kereta komputer ini akan berkembang di seluruh dunia dalam tiga fasa:

Dari mana Sunninghill Systems mendapat untung? Sebilangan kecil pengguna GPSS akan sentiasa meminta sesuatu yang lebih mendalam daripada perisian percuma yang biasa digunakan oleh semua orang. Jadi, kami boleh menjual kepada mereka peta-peta lain, atau menunjukkan mereka bagaimana GPSS boleh digunakan untuk sebab-sebab lain, termasuk pertahanan, kerja-kerja polis dan untuk pelbagai tujuan perniagaan, seperti mengesan kereta dan komunikasi melalui radio. GPS Technologies di Singapura, misalnya, akan lancarkan kereta berkomputer berdasarkan GPSS - dan kami harap boleh jalankan lebih banyak kerjasama seperti ini dengan syarikat besar yang lain di seluruh dunia.

Sila dapatkan salinan perisian GPSS percuma anda bersama dengan peta-peta untuk negara anda yang juga percuma dari hompej ini. Sila berhati-hati apabila anda menggunakan perisian GPSS ini dalam kereta anda. Adalah terbaik jika perisian ini digunakan oleh penumpang sahaja, dan biarkan orang lain jadi pemandu. Jadi, sila ingat:

Berhati-hati di atas jalan raya!

Not Safe !
Safety and GPSS


Maklumat lain dalam bahasa Inggeris boleh didapati di hompej GPSS: http://www.gpss.co.uk